"Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu
tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak di utara
Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum
Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang
besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang subur dengan
sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan
mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal
mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Allah s.w.t.
itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang
singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara
suku-suku yang hidup di sekelilingnya.
Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku
Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa
Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama "
Shamud" dan " Alhattar" dan itu yang disembah sebagai tuhan
mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan
keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran
dan agama Nabi Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta
cara hidup mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di
dalamnya berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut
anggapan mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka
sembah. Kerananya mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu
mensyukurinya sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah
berupa penyakit atau kekeringan.
Sebagai akibat dan buah dari aqidah yang sesat itu
pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis
laknatullah, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar
penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan dan
kekuatan lahiriahlah yang menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan
sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat menindas yang lemah yang
besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnya.
Sifat-sifat sombong, congkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yang
didorong oleh hawa nafsu merajalela dan menguasai penghidupan mereka sehingga
tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur,
amanat dan rendah hati. Demikianlah gambaran masyarakat suku Aad tatkala Allah
s.w.t. mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan rasul kepada mereka.
Sudah menjadi sunnah Allah s.w.t. sejak diturunkannya
Adam Ke bumi bahawa dari masa ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dalam
kehidupan yang sesat sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yang dibawa
oleh Nabi-nabi-Nya diutuslah seorang Nabi atau Rasul yang bertugas untuk
menyegarkan kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yang sebelumnya mengembalikan
masyarakat yang sudah tersesat ke jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa
manusia dari segala tahayul dan syirik menggantinya dan mengisinya dengan iman
tauhid dan aqidah yang sesuia dengan fitrah.
Demikianlah maka kepada suku Aad yang telah dimabukkan
oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga tidak mengenalkan
Tuhannya yang mengurniakan itu semua. Di utuskan kepada mereka Nabi Hud seorang
daripada suku mereka sendiri dari keluarga yang terpandang dan berpengaruh
terkenal sejak kecilnya dengan kelakuan yang baik budi pekerti yang luhur dan
sgt bijaksana dalam pergaulan dengan kawan-kawannya. Nabi Hud memulai dakwahnya
dengan menarik perhatian kaumnya suku Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah
s.w.t. yang berupa alam sekeliling mereka dan bahawa Allah s.w.t. lah yang
mencipta mereka semua dan mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan hidup
yang berupa tanah yang subur, air yang mengalir serta tubuh-tubuhan yang tegak
dan kuat. Dialah yang seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung yang
mereka perbuat sendiri. Mereka sebagai manusia adalah makhluk Tuhan paling
mulia yang tidak sepatutnya merendahkan diri sujud menyembah batu-batu yang
sewaktunya dapat mereka hancurkan sendiri dan memusnahkannya dari pandangan.
Di terangkan oleh Nabi Hud bahawa dia adalah pesuruh
Allah s.w.t. yang diberi tugas untuk membawa mereka ke jalan yang benar beriman
kepada Allah s.w.t. yang menciptakan mereka menghidup dan mematikan mereka
memberi rezeki atau mencabutnya daripada mereka. Ia tidak mengharapkan upah dan
menuntut balas jasa atas usahanya memimpin dan menuntut mereka ke jalan yang
benar. Ia hanya menjalankan perintah Allah s.w.t. dan memperingatkan mereka
bahawa jika mereka tetap menutup telinga dan mata mrk menghadapi ajakan dan
dakwahnya mereka akan ditimpa azab dan dibinasakan oleh Allah s.w.t.
sebagaimana terjadinya atas kaum Nuh yang mati binasa tenggelam dalam air bah
akibat kecongkakan dan kesombongan mereka menolak ajaran dan dakwah Nabi Nuh
seraya bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kepada berhala dan
patung-patung yang mereka sembah dan puja itu.
Bagi kaum Aad seruan dan dakwah Nabi Hud itu merupakan
barang yang tidak pernah mereka dengar ataupun menduga. Mereka melihat bahawa
ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud itu akan mengubah sama sekali cara hidup
mereka dan membongkar peraturan dan adat istiadat yang telah mereka kenal dan
warisi dari nenek moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahawa
seorang dari suku mereka sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup
mereka dan menggantikan agama dan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang baru
yang mereka tidak kenal dan tidak dapat dimengertikan dan diterima oleh akal
fikiran mereka. Dengan serta-merta ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu
dengan berbagai alasan dan tuduhan kosong terhadap diri beliau serta
ejekan-ejekan dan hinaan yang diterimanya dengan kepala dingin dan penuh
kesabaran.
Berkatalah kaum Aad kepada Nabi Hud: "Wahai Hud!
Ajaran dan agama apakah yang engkau hendak anjurkan kepada kami? Engkau ingin
agar kami meninggalkan persembahan kami kepada tuhan-tuhan kami yang berkuasa
ini dan menyembah tuhan mu yang tidak dapat kami jangkau dengan pancaindera
kami dan tuhan yang menurut kata kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yang
kami lakukan ini ialah yang telah kami warisi dari nenek moyang kami dan tidak
sesekali kami tidak akan meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yang
seharusnya kembali kepada aturan nenek moyangmu dan jangan mencederai
kepercayaan dan agama mereka dengan memebawa suatu agama baru yang tidak kenal
oleh mereka dan tentu tidak akan direstuinya."
Wahai kaumku! jawab Nabi Hud, "Sesungguhnya Tuhan
yang aku serukan ini kepada kamu untuk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dapat
menjangkau-Nya dengan pancainderamu namun kamu dapat melihat dan merasakan
wujudnya dalam diri kamu sendiri sebagai ciptaanNya dan dalam alam semesta yang
mengelilingimu beberapa langit dengan matahari bulan dan bintang-bintangnya
bumi dengan gunung-ganangnya sungai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang
kesemuanya dapat bermanfaat bagi kamu sebagai manusia. Dan menjadi kamu dapat
menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yang harus kamu
sembah dan menundukkan kepala kamu kepada-Nya, Tuhan Yang Maha Esa tiada
bersekutu tidak beranak dan diperanakan yang walaupun kamu tidak dpt
menjangkau-Nya dengan pancainderamu, Dia dekat daripada kamu mengetahui segala
gerak-geri dan tingkah lakumu mengetahui isi hati mu denyut jantungmu dan jalan
fikiranmu. Tuhan itulah yang harus disembah oleh manusia dengan kepercayaan
penuh kepada keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yang kamu
perbuat pahat dan ukir dengan tangan kamu sendiri kemudian kamu sembah sebagai
tuhan padahal ia suatu barang yang tidak dapat berbuat sesuatu yang
menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan dangkalnya fikiranmu
jika kamu tetap mempertahankan agamamu yang sesat itu dan menolak ajaran dan
agama yang telah diwahyukan kepadaku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa itu."
Wahai Hud! jawab kaumnya, "Gerangan apakah yang
menjadikan engkau berpandangan dan berfikiran lain daripada yang sudah menjadi
pegangan hidup kami sejak dahulu kala dan menjadikan engkau meninggalkan agama
nenek moyangmu sendiri bahkan sehingga engkau menghina dan merendahkan martabat
tuhan-tuhan kami dan memperbodohkan kami dan menganggap kami berakal sempit dan
berfikiran dangkal? Engkau mengaku bahawa engkau terpilih menjadi rasul pesuruh
oleh Tuhanmu untuk membawa agama dan kepercayaan baru kepada kami dan mengajak
kami keluar dari jalan yang sesat menurut pengakuanmu ke jalan yang benar dan
lurus. Kami merasa hairan dan tidak dapat menerima oleh akal kami sendiri bahwa
engkau telah dipilih menjadi pesuruh Tuhan. Apakah kelebihan kamu di atas
seseorang daripada kami, engkau tidak lebih tidak kurang adalah seorang manusia
biasa seperti kami hidup makan minum dan tidur tiada bedanya dengan kami,
mengapa engkau yang dipilih oleh Tuhanmu? Sungguh engkau menurut anggapan kami
seorang pendusta besar atau mungkin engkau berfikiran tidak sihat terkena
kutukan tuhan-tuhan kami yang selalu engkau ejek hina dan cemuhkan."
"Wahai kaumku" jawab Nabi Hud, "Aku
bukanlah seorang pendusta dan fikiran ku tetap waras dan sihat tidak kurang
sesuatu pun dan ketahuilah bahawa patung-patungmu yang kamu pertuhankan itu
tidak dapat mendatangkan sesuatu gangguan atau penyakit bagi badanku atau
fikiranku. Kamu kenal aku, sejak lama aku hidup di tengah-tengah kamu bahawa
aku tidak pernah berdusta dan bercakap bohong dan sepanjang pergaulanku dengan
kamu tidak pernah terlihat pada diriku tanda-tanda ketidak wajaran perlakuanku
atau tanda-tanda yang meragukan kewarasan fikiranku dan kesempurnaan akalku.
Aku adalah benar pesuruh Allah s.w.t. yang diberi amanat untuk menyampaikan
wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sudah tersesat kemasukan pengaruh ajaran
Iblis laknatullah dan sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar yang diajar
oleh nabi-nabi yang terdahulu kerana Allah s.w.t. tidak akan membiarkan
hamba-hamba-Nya terlalu lama terlantar dalam kesesatan dan hidup dalam
kegelapan tanpa diutuskan seorang rasul yang menuntun mereka ke jalan yang benar
dan penghidupan yang diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kepada ku gunakanlah
akal fikiran kamu berimanlah dan bersujudlah kepada Allah s.w.t., Tuhan seru
sekalian alam, Tuhan yang menciptakan kamu menciptakan langit dan bumi
menurunkan hujan bagi menyuburkan tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuhan bagi
meneruskan hidupmu. Bersembahlah kepada-Nya dan mohonlah ampun atas segala
perbuatan salah dan tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran
hidupmu dan terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yang telah dialami
oleh kaum Nuh dan kelak azab di akhirat. Ketahuilah bahawa kamu akan
dibangkitkan kembali kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas
segala perbuatan kamu didunia ini dan diberi ganjaran sesuai dengan amalanmu
yang baik dan soleh mendapat ganjaran baik dan yang hina dan buruk akan
diganjarkan dengan api neraka. Aku hanya menyampaikannya risalah Allah s.w.t.
kepada kamu dan dengan ini telah memperingati kamu akan akibat yang akan
menimpa kepada dirimu jika kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku."
Kaum Aad menjawab: "Kami bertambah yakin dan
tidak ragu lagi bahawa engkau telah mendapat kutukan tuhan-tuhan kami sehingga
menyebabkan fikiran kamu kacau dan akalmu berubah menjadi tidak siuman. Engkau
telah mengucapkan kata-kata yang tidak masuk akal bahawa jika kami mengikuti
agamamu, akan bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan
dibangkitkan kembali dari kubur kami dan menerima segala ganjaran atas segala
amalan kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami
setelah kami mati dan menjadi tulang. Dan apakah azab dan seksaan yang engkau
selalu menakutkan kami dan mengancamkannya kepada kami? Semua ini kami anggap
kosong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bahawa kami tidak akan menyerah
kepadamu dan mengikuti ajaranmu kerana bayangan azab dan seksa yang engkau
bayangkannya kepada kami bahkan kami menentang kepadamu datangkanlah apa yang
engkau janjikan dan ancaman itu jika engkau betul-betul benar dalam kata-katamu
dan bukan seorang pendusta."
"Baiklah" jawab Nabi Hud," Jika kamu
meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras kepala tidak menghiraukan
dakwahku dan meninggalkan persembahanmu kepada berhala-berhala itu maka
tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dapat
melepaskan diri dari bencananya. Allah s.w.t. menjadi saksiku bahawa aku telah
menyampaikan risalah-Nya dengan sepenuh tenagaku kepada mu dan akan tetap
berusaha sepanjang hayat kandung badanku memberi penerangan dan tuntunan kepada
jalan yang baik yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. bagi
hamba-hamba-Nya."
Pembalasan Allah s.w.t. terhadap kaum Aad yang kafir
dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua perinkat. Tahap pertama berupa
kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mereka, sehingga
menimbulkan kecemasan dan kegelisahan, kalau-kalau mereka tidak memperolehi
hasil dari ladang-ladang dan kebun-kebunnya seperti biasanya. Dalam keadaan
demikian Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu adalah
suatu permulaan seksaan dari Allah s.w.t. yang dijanjikan dan bahawa Allah
s.w.t. masih lagi memberi kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan
dan kekafiran mereka dan kembali beriman kepada Allah s.w.t. dengan
meninggalkan persembahan mereka yang bathil kemudian bertaubat dan memohon
ampun kepada Allah s.w.t. agar segera hujan turun kembali dengan lebatnya dan
terhindar mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam. Akan tetapi mereka tetap
belum mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah janji kosong
belaka. Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka memohon
perlindungan dari musibah yang mereka hadapi.
Tentangan mereka terhadap janji Allah s.w.t. yang
diwahyukan kepada Nabi Hud segera mendapat jawapan dengan datangnya pembalasan
tahap kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang
tebal di atas mereka yang disambutnya dengan sorak-sorai gembira, kerana
dikiranya bahawa hujan akan segera turun membasahi ladang-ladang dan menyirami
kebun-kebun mereka yang sedang mengalami kekeringan. Melihat sikap kaum Aad
yang sedang bersuka ria itu berkatalah Nabi Hud dengan nada mengejek:
"Mega hitam itu bukanlah mega hitam dan awam rahmat bagi kamu tetapi mega
yang akan membawa kehancuran kamu sebagai pembalasan Allah s.w.t. yang telah ku
janjikan dan kamu ternanti-nanti untuk membuktikan kebenaran kata-kataku yang
selalu kamu sangkal dan kamu dusta."
Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yang
dikatakan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal
itu tetapi angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang
mencemaskan yang telah merosakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa
berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh
binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana
sini mencari perlindungan Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu
juga kehilangan anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dengan tanah.
Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam sehingga
sempat menyampuh bersih kaum Aad yang congkak itu dan menamatkan riwayatnya
dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi
umat-umat yang akan datang.
Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yang beriman telah
mendapat perlindungan Allah s.w.t. dari bencana yang menimpa kaumnya yang kacau
bilau dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau bilau mendengar
gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan
serta teriakan dan tangisan orang yang meminta tolong dan mohon perlindungan.
Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah "Al-Ahqaf " sudah
menjadi sunyi senyap dari kaum Aad pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya
berhijrah ke Hadramaut, di mana ia tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia
wafat dan dimakamkan di sana dimana hingga sekarang makamnya yang terletak di
atas sebuah bukit di suatu tempat lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi
para penziarah yang datang beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya
dan bulan Syaaban pada setiap tahun.
Selesailah kisah kaum Nabi Nuh dalam sejarah. Majoriti
di antara mereka yang mendustakan ajarannya telah dihancurkan oleh taufan.
Sedangkan minoriti antara mereka dapat kembali memakmurkan bumi sebagai wujud
dari sunatullah dan janji-Nya: Sedangkan janji Allah SWT kepada Nabi Nuh
adalah:
"Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang
yang takwa." (QS. al-Qashash: 83)
Dan janji Allah SWT juga kepada Nabi Nuh adalah:
"Difirmankan: 'Hai Nuh, turunlah dengan selamat
dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang beriman) dari
orang-orang yang bersamamu. Dan ada pula umat-umat yang Kami beri kesenangan
pada mereka (dalam hehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang
pedih dari Kami. " (QS. Hud: 48)
Berputarlah roda kehidupan dan datanglah janji Allah
SWT. Setelah datangnya taufan, tiada yang tersisa dari manusia di muka bumi
kecuali orang-orang yang beriman. Tiada satu hati yang kafir pun berada di muka
bumi dan syaitan mulai mengeluhkan pengangguran.
Berlalulah tahun demi tahun, lalu matilah para orang
tua dan anak-anak, dan datanglah anak dari anak-anak. Manusia lupa akan wasiat
Nabi Nuh dan mereka kembali menyembah berhala. Manusia menyimpang dari
penyembahan yang semata-mata untuk Allah SWT. Akhirnya, tipuan kuno berulang
kembali. Para cucu kaum Nabi Nuh berkata: "Kita tidak ingin melupakan
kakek kita yang Allah SWT selamatkan mereka dari taufan."
Oleh kerana itu, mereka membuat patung-patung
orang-orang yang selamat itu yang dapat mengingatkan mereka dengannya. Dan
pengagungan ini semakin berkembang generasi demi generasi, namun akhimya
penghormatan itu berubah menjadi penghambaan. Patung- patung itu berubah -
dengan bisikan syaitan - menjadi tuhan selain Allah SWT. Dan bumi kembali mengeluhkan
kegelapan. Lalu Allah SWT rnengutus junjungan kita Nabi Hud di tengah-tengah
kaumnya.
Al-Qur'an menyingkap ceritanya setelah diutusnya Nabi
Hud untuk membawa agama kepada manusia. Nabi Hud berasal dari kabilah yang
bernama 'Ad. Kabilah ini tinggal di suatu tempat yang bernama al-Ahqaf. la
adalah padang pasir yang dipenuhi dengan gunung-gunung pasir dan tampak dari
puncaknya lautan. Adapun tempat tinggal mereka berupa tenda-tenda besar dan
mempunyai tiang-tiang yang kuat dan tinggi. Kaum 'Ad terkenal dengan kekuatan
fisik di saat itu, dan mereka juga memiliki tubuh yang amat tinggi dan tegak
sampai-sampai mereka mengatakan seperti yang dikutip oleh Al-Qur'an:
"Mereka berkata: 'Siapakah yang lebih kuat
daripada kami.'" (QS. Fushilat: 15)
Tiada seorang pun di masa itu yang dapat menandingi
kekuatan mereka. Meskipun mereka memiliki kebesaran tubuh, namun mereka
memiliki akal yang gelap. Mereka menyembah berhala dan membelanya bahkan mereka
siap berperang atas namanya. Mereka malah menuduh nabi mereka dan mengejeknya.
Selama mereka menganggap bahawa kekuatan adalah hal yang patut dibanggakan,
maka seharusnya mereka melihat bahawa Allah SWT yang menciptakan mereka lebih
kuat dari mereka. Sayangnya, mereka tidak melihat selain kecongkakan mereka.
Nabi Hud berkata kepada mereka:
"Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada tuhan
lain bagi kalian selain-Nya. " (QS. Hud: 50)
Itu adalah perkataan yang sama yang diucapkan oleh
seluruh nabi dan rasul. Perkataan tersebut tidak pernah berubah, tidak pernah
berkurang, dan tidak pernah dicabut kembali. Kaumnya bertanya kepadanya:
"Apakah engkau ingin menjadi pemimpin bagi kami melalui dakwahmu ini?
Imbalan apa yang engkau inginkan?" Nabi Hud memberitahu mereka bahawa ia
hanya mengharapkan imbuhan dari Allah SWT. Ia tidak menginginkan sesuatu pun
dari mereka selain agar mereka menerangi akal mereka dengan cahaya kebenaran.
Ia mengingatkan mereka tentang nikmat Allah SWT terhadap mereka. Bagaimana Dia
menjadikan mereka sebagai khalifah setelah Nabi Nuh, bagaimana Dia memberi
mereka kekuatan fisik, bagaimana Dia menempatkan mereka di bumi yang penuh
dengan kebaikan, bagaimana Dia mengirim hujan lalu menghidupkan bumi dengannya.
Kaum Hud membuat kerosakan dan mengira bahawa mereka
orang-orang yang terkuat di muka bumi, sehingga mereka menampakkan kesombongan
dan semakin menentang kebenaran. Mereka berkata kepada Nabi Hud:
"Bagaimana engkau menuduh tuhan-tuhan kami yang kami mendapati ayah-ayah
kami menyembahnya?" Nabi Hud menjawab: "Sungguh orang tua kalian
telah berbuat kesalahan." Kaum Nabi Hud berkata: "Apakah engkau akan
mengatakan wahai Hud bahawa setelah kami mad dan menjadi tanah yang beterbangan
di udara, kita akan kembali hidup?" Nabi Hud menjawab: "Kalian akan
kembali pada hari kiamat dan Allah SWT akan bertanya kepada masing-masing dari
kalian tentang apa yang kalian lakukan."
Setelah mendengar jawaban itu, meledaklah tertawa dari
mereka. Alangkah anehnya pengakuan Hud, demikianlah orang-orang kafir berbisik
di antara mereka. Manusia akan mati dan ketika mati jasadnya akan rusak dan
ketika jasadnya rusak ia akan menjadi tanah kemudian akan dibawa oleh udara dan
tanah itu akan beterbangan, lalu bagaimana semua ini akan kembali ke asalnya.
"Kemudian apa pengertian adanya hari kiamat? Mengapa orang-orang yang mati
akan bangkit dari kematiannya?" Hud menerima pertanyaan-pertanyaan ini
dengan kesabaran yang mulia. Kemudian ia mulai menerangkan pada kaumnya keadaan
hari kiamat. Ia menjelaskan kepada mereka bahawa kepercayaan manusia kepada
hari akhir adalah satu hal yang penting yang berhubungan dengan keadilan Allah
SWT, sebagaimana ia juga sesuatu yang penting yang juga berhubungan dengan
kehidupan manusia.
Nabi Hud menerangkan kepada mereka sebagaimana apa
yang diterangkan oleh semua nabi berkenaan dengan hari kiamat. Sesungguhnya
hikmah sang Pencipta tidak menjadi sempurna dengan sekadar memulai penciptaan
kemudian berakhirnya kehidupan para makhluk di muka bumi ini, lalu setelah itu
tidak ada hal yang lain. Ini adalah masa tenggang yang pertama dari ujian. Dan
ujian tidak selesai dengan hanya menyerahkan lembar jawaban. Harus juga
disertai dengan koreksi terhadap lembar jawaban itu, memberi nilai, dan
menjelaskan siapa yang berhasil dan siapa yang gagal.
Manusia selama hidup di dunia tidak hanya mempunyai
satu tindakan; ada yang berbuat kelaliman, ada yang membunuh, dan ada yang
melampaui batas. Seringkali kita melihat orang-orang lalim pergi dengan bebas
tanpa menjalani hukuman. Cukup banyak orang-orang yang jahat namun mereka
mendapatkan fasilitas yang mewah dan mendapatkan penghormatan serta kekuasaan.
Ke mana orang-orang yang teraniaya akan mengadu dan kepada siapa orang-orang
yang menderita akan mengeluh?
Logika keadilan menuntut adanya hari kiamat.
Sesungguhnya kebaikan tidak selalu menang dalam kehidupan, bahkan terkadang
pasukan kejahatan berhasil membunuh dan memperdaya para pejuang kebenaran.
Lalu, apakah kejahatan ini berlalu begitu saja tanpa mendapatkan balasan?
Sungguh suatu kelaliman besar terhampar seandainya kita menganggap bahawa hari
kiamat tidak pernah terjadi. Allah SWT telah mengharamkan kelaliman atas
diri-Nya sendiri, dan Dia pun mengharamkannya terjadi di antara
hamba-hamba-Nya., maka adanya hari kiamat, hari perhitungan, hari pembalasan
adalah sebagai bukti kesempurnaan dari keadilan Allah SWT. Sebab hari kiamat
adalah hari di mana semua persoalan akan disingkap kembali di depan sang
Pencipta dan akan di tinjau kembali, dan Allah SWT akan memutuskan hukum-Nya di
dalam-nya. Inilah kepentingan pertama tentang hari kiamat yang berhubungan
langsung dengan keadilan Allah SWT.
Ada kepentingan lain berkenaan dengan hari kiamat,
yang berhubungan dengan perilaku manusia sendiri. bahawa keyakinan dengan
adanya hari akhir, mempercayai hari kebangkitan, perhitungan amal, penerimaan
pahala dan siksa, dan kemudian masuk surga atau neraka adalah perkara- perkara
yang langsung berkenaan dengan perilaku manusia, di mana konsentrasi manusia
dan had mereka akan tertuju dengan alam lain setelah alam ini. Oleh kerana itu,
mereka tidak akan terbelenggu oleh kenikmatan dunia, kerakusan kepadanya, dan
egoisme untuk menguasinya. Mereka tidak perlu gelisah saat mereka tidak
berhasil melihat balasan usaha mereka dalam umur mereka yang pendek dan
terbatas. Dengan demikian, manusia semakin meninggi dari tanah yang menjadi asal
penciptaannya ke roh yang ditiupkan oleh Tuhannya.
Barangkali persimpangan jalan antara tunduk terhadap
imajinasi dunia, nilai-nilainya, dan pertimbangan-pertimbangannya dan
ketergantungan dengan nilai-nilai Allah SWT yang tinggi dapat terwujud dengan
adanya keimanan terhadap hari kiamat. Nabi Hud telah membicarakan semua ini dan
mereka telah mendengarkannya namun mereka mendustakannya. Allah SWT
menceritakan sikap kaum itu terhadap hari kiamat:
"Dan
berkatalah pemuka-pemuka yang kafir di antara kaumnya dan yang mendustakan
pertemuan dengan hari kiamat (kelak) dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam
kehidupan dunia: 'Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, dia,
makan dari apa yang kamu, makan, dan meminum dari apa yang kamu minum. Dan
sesungguhnya jika kamu sekalian menaati manusia yang seperti kamu, niscaya bila
demikian itu, kamu benar-benar menjadi orang- orang yang merugi. Apakah ia
menjanjikan kepada kamu sekalian, bahawa bila kamu telah mati dan telah menjadi
tanah dan tulang belulang, kamu sesungguhnya akan dikeluarkan (dari kuburmu)?,
jauh, jauh sekali (dari kebenaran) apa yang diancamkan kepadamu itu, kehidupan
tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan hidup dan
sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi. " (QS. al- Mu`minun: 33-37)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar